LATAR BELAKANG


Dalam konteks Sabah Baru, perubahan strategik melalui pembangunan ekonomi, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan menggerakkan Sabah dalam arus perdana negara ke arah kejayaan Wawasan 2020. Hal ini memerlukan sumber tenaga manusia dalam pelbagai aspek kemahiran sebagai penggerak utama pembangunan. Salah satu penggerak utama yang penting adalah penulis/karyawan berilmu, kreatif, inovatif dan proaktif. Sabah berupaya membentuk dan membina kumpulan penulis/karyawan yang boleh menumpukan kemampuan dan kreativiti mereka ke arah penghasilan karya-karya kreatif atau bukan kreatif yang dinamis dan berupaya menjadi sumber inspirasi rakyat Sabah untuk berdaya saing dan keusahawanan. Oleh itu, Tabung Karyawan Sabah diwujudkan untuk melahirkan kumpulan penulis/karyawan Sabah yang kelak bertanggungjawab menjelaskan arah penbangunan yang diterajui oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan demi merealisasikan visi dan misi Sabah baru, iaitu:

                     "Meningkatkan maruah, kualiti hidup dan kesejahteraan
                       menyeluruh rakyat Malaysia di Sabah selaras dengan
                                                Wawasan 2020."


TUJUAN


1. Menggalakkan pihak swasta untuk turut serta dalam pembangunan intelektual di Sabah supaya dapat menyumbang ke arah pengwujudan Sabah Baru.

2. Mengumpul dana/bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan untuk menggalakkan pembinaan dan pengembangan kumpulan penulis/karyawan.

3. Melatih penulis/karyawan yang menulis/bekerja secara terancang dan bermutu, menyatukan dana/bantuan berkenaan di bawah satu sistem tabung karyawan yang lebih cekap dan berkesan.

4. Pihak NGO contohnya Gapena, Badan Bahasa dan lain-lain pula mengaturkan pertemuan penulis, karyawan muda dan mapan untuk bertukar-tukar fikiran ke arah pemantapan karya.


MATLAMAT


Membantu para karyawan atau pemohon lain supaya menghasilkan karya kreatif, umum atau ilmiah untuk peningkatan minda masyarakat Malaysia dan pembinaan tamadun moden bangsa Malaysia, atau melaksanakan projek-projek yang sehubungan dengannya.


LAMAN UTAMA | PENGENALAN | OBJEKTIF | KEANGGOTAAN | TUGAS DAN TANGGJUNGJAWAB | KEGIATAN | TABUNG KARYAWAN SABAH | AKADEMI KARYAWAN SABAH | GALERI AKTIVITI | HUBUNGI KAMI